CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 11 September 2012

Pemanis Kata Selamat Datang




Indah Berbalam Si Awan Petang,

Berarak Di Celah Pepohon Ara,

Pemanis Kalam Selamat Datang,

Awal Bismillah Pembuka Bicara.....




Budak-budak kejar-mengejar,
Layang-layang putus tali,
Kita pelajar kena belajar,
Masa muda cuma sekali.





Pokok rendang daun menari,
Tempat bersarang burung merpati,
Masa muda ilmu dicari,
Seusia ini sangat bererti




AKU... DIA... KAMU..

Bersama Menimba Ilmu 

Sunday 9 September 2012

Latihan

LATIHAN TOPIK MENGURUS JUALAN

1. Apakah tujuan kita membungkus barang jualan?
a. ___________________________________
b. ___________________________________
c. ___________________________________
d. ___________________________________ (4 markah)


2. Apakah tujuan kita melabel barang jualan?
    ____________________________________ (2 markah)


3. Senaraikan maklumat yang perlu ada dalam label sesuatu barang?
a. ___________________________________
b. ___________________________________
c. ___________________________________
d. ___________________________________ (4 markah)

Sunday 2 September 2012

Barang Jualan, Kumpulan Sasaran, Mengumpul Maklumat

Barang Jualan

Sebelum seseorang peniaga menjalani perniagaan, peniaga perlu mengenal pasti barang keperluan, cita rasa dan kemampuan bakal pembeli. Bakal pembeli dinamai sebagai kumpulan sasaran.



Video ini menunjukan bagaimana seseorang kumpulan sasaran (pembeli) membuat pilihan dalam memilih sesuatu barang keperluan.



Kumpulan Sasaran (Pembeli)

Kumpulan sasaran atau pembeli yang berada di kawasan sekolah ialah:
1.     Murid tahap satu (Tahun 1, 2 dan  3)
2.     Murid tahap dua (Tahun 4, 5 dan 6)
3.     Guru perempuan
4.     Guru lelaki
5.     Kakitangan sekolah



Mengumpul dan Mengelaskan Maklumat

Untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang sesuai dijual kepada kumpulan sasaran, kajian pelu dijalankan. Maklumat boleh dikumpul melalui:

a)     Pemerhatian
Ø  Memerhatikan barang yang biasa dan selalu dibeli oleh rakan dan guru setiap hari.

b)     Temu Bual
Ø  Bersoal jawab dengan rakan dan guru tentang barang yang disukai, diperlukan, mampu dibeli oleh mereka. Temu bual dibuat secara berkumpulan.

c)     Soal Selidik
Ø  Meminta kerjasama rakan dan guru untuk mengisi borang soal selidik tentang barang yang disukai, diperlukan dan mampu dibeli oleh mereka.

Hasil daripada kajian tersebut, kita dapat mengelaskan barang mengikut:
ü Barang keperluan murid.
ü Barang keperlua guru.
ü Barang kesukaan murid.
ü Barang kesukaan guru.
ü Barang yang mampu dibeli oleh murid.
ü Barang yang mampu dibeli oleh guru.


Saturday 1 September 2012

Pengenalan Perniagaan & Keusahawanan

Pengenalan 

Manusia memerlukan barang dan perkhidmatan dalam kehidupan seharian. Namun tidak semua barang dapat disediakan atau dibuat sendiri.

Oleh itu,manusia saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan barang yang mereka perlukan. Kini manusia menggunakan wang untuk mendapatkan barang keperluan. Kegiatan jual beli ini dikenali sebagai Perniagaan Dan Keusahawanan.



Monday 13 August 2012

Tanaman Hiasan

Memilih Biji Benih Pokok Bunga Semusim

image image
Pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih. Biji benih diperoleh daripada bunga atau pokok induk yang telah matang.Ciri-ciri biji benih yang baik termasuklah :
    • berisi
    • normal bentuknya
    • matang
    • tiada tanda serangan penyakit
    • tiada mempunyai sebarang kecederaan.
Biji benih ini perlu dirawat dengan racun kulat dan racun seranggan dan di simpan di tempat yang kering, kedap udara, dan gelap sebelum disemai.

Sunday 12 August 2012

Tanaman Hiasan

Pengenalan

Tanaman hiasan ditanam bagi menghiasi sesuatu kawasan untuk mewujudkan pemandangan yang ceria dan indah. Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.
Jenis-jenis tanaman hiasan seperti berikut :-
  1. Pokok naungan – contoh pokok tembusu, pokoko beringin , pokok angsana
  2. Pokok renek – contoh pokok bunga raya, pokok bunga kertas, pokok siantan
  3. Pokok  bunga semusim – contoh bunga balung ayam, pokok bunga keembong, pokok bunga matahari, zinnia, kekwa, butang
  4. Pokok kaktus
  5. Pokok palma – contoh pokok pinang raja, pokok kelapa gading, pokok pinang manila
  6. Pokok memanjat atau menjalar – contoh pokok hemigrapis, pokok bunga kembang pagi, pokok bunga ros jepun
  7. Penutup bumi – contoh rumput , arachis spp

Thursday 2 August 2012

Pengenalan Elektrik & Elektronik

PENGENALAN

Elektrik merupakan sumber tenaga yang penting dalam kehidupan seharian. 
Tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa tenaga lain seperti:
1.     Tenaga haba


2.     Tenaga bunyi

3.     Tenaga cahaya


4.     Tenaga kinetik



Tuesday 10 July 2012

Peti Pertolongan Cemas

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peti pertolongan cemas hendaklan diletakkan di bengkel sebagai langkah keselamatan seandainya berlaku kemalangan kecil atau pun kecederaan. Pastikan kotak pertolongan cemas diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dilihat. Kandungan kotak pertolongan cemas ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi memastikan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Di antara bahan-bahan yang terdapat dalam kotak pertolongan cemas sebagaimana berikut :
1. Pembalut gulung
2. Kain tekap
3. Pembalut segi tiga ( kain anduh )
4. Kapas
5. Plaster pelekat
6. Garam amonia
7. Gunting kecil
8. Pin keselamatan
9. Ubat pembasmi kuman ( antiseptik )
10. Ubat kuning ( akriflavin )
11. Losen biru


Sunday 1 July 2012

Peraturan Keselamatan

PERATURAN KESELAMATAN AM

Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Peraturan tersebut ialah :

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi.

6. Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.

9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahan dijaga baik dan sempurna.



PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai ke paras siku.

3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan ke dalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di bengkel.

8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.





PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan
elektrik.

3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.