CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 10 July 2012

Peti Pertolongan Cemas

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peti pertolongan cemas hendaklan diletakkan di bengkel sebagai langkah keselamatan seandainya berlaku kemalangan kecil atau pun kecederaan. Pastikan kotak pertolongan cemas diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dilihat. Kandungan kotak pertolongan cemas ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi memastikan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Di antara bahan-bahan yang terdapat dalam kotak pertolongan cemas sebagaimana berikut :
1. Pembalut gulung
2. Kain tekap
3. Pembalut segi tiga ( kain anduh )
4. Kapas
5. Plaster pelekat
6. Garam amonia
7. Gunting kecil
8. Pin keselamatan
9. Ubat pembasmi kuman ( antiseptik )
10. Ubat kuning ( akriflavin )
11. Losen biru


Sunday, 1 July 2012

Peraturan Keselamatan

PERATURAN KESELAMATAN AM

Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Peraturan tersebut ialah :

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi.

6. Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.

9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahan dijaga baik dan sempurna.



PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai ke paras siku.

3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan ke dalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di bengkel.

8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.





PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan
elektrik.

3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.