PERATURAN KESELAMATAN AM
Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Peraturan tersebut ialah :
1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.
2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.
3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel
4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.
5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi.
6. Labelkan semua peralatan dan bahan.
7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.
8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.
9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahan dijaga baik dan sempurna.
PERATURAN KESELAMATAN DIRI
1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.
2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai ke paras siku.
3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan ke dalam apron.
4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.
6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.
7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di bengkel.
8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.
PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN
1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya.
2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan
elektrik.
3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.
5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.
6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.